Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

Hantu Kak Limah Balik Rumah 2010

Posted by Mimays_Dhom

Aduh....lepas sahaja tengok cerita ni dengan abang angkat aku sekeluarga,ada sahaja benda menghalang aku dari nak tulis komen mengenai cerita arahan mamat khalid ini.
Cerita ni lebih menarik dari cerita estet arahan mamat khalid sebelum ini..kalau sebelum ni Kampung Pisang dilanda dengan masalah zombie, kali ini bukan zombie...tetapi HANTU.
Cerita yang melucukan hati dengan gandingan mantap antara semua pelakon seperti Awie, Johan Raja Lawak, Soffi Jikan...memang pecah perut tengok cerita ini.
Memang full house masa tengok cerita ni...agak depan juga la duduk masa tengok cerita ini.
Saksikan bagaimana Kak Limah Balik Rumah dia..enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas...


rating : 4/5 bintang

Aku Tak Bodoh 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita yang diambil dari filem Im not stupid too cerita dari singapura.
Cerita ni rasanya perlu ditonton oleh semua ibu bapa & anak-anak. Ibu bapa perlu memhami bagaimana cara kehidupan anak-anak meraka sekarang. Bukan hanya pendapat ibu bapa sahaja yang betul, pendapat anak-anak dibiarkan beitu sahaja.
Banyak moral dalam cerita ini dan apa yg trjadi kepada sesuatu keluarga pada zaman sekarang ini. Disyorkan satu keluarga menyaksikan jalan cerita ini, baru satu keluarga dapat memahami antara satu sama lain. Ingat jalan cerita ini serius sahaja dari mula, rupanya ada setiap unsur. Pasti akan terhibur menyaksikan cerita ini.



Rating : 4/5 bintang

The Chronicles of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader 3D 2010

Posted by Mimays_Dhom

Kepada sesiapa yang telah menyaksikan The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and the Wardrobe (2005) dan The Chronicles of Narnia :Prince Caspian (2008), anda pasti tidak akan melpaskan peluang menyasikan cerita terbaru The Chronicles of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader 3D (2010).
Pada cerita-cerita The Chronicles of Narnia sebelum ini melibatkan 4 orang adik beradik dalam pengembaraan mereka dalam kerajaan Narnia, kali ini hanya melibatkan 2 orang sahaja adik beradik iaitu Edward dan Lucy serta sepupu mereka di dunia Narnia. Watak abang dan kakak mereka hanya muncul seketika sahaja dalam filem Narnia yang ke3 ini. Rasa sedikit kecewa menyaksikan filem ini dalam 3D, kerana tak nampak banyak perbezaan pun
 


Rating : 3/5 bintang

Bruce Lee My Brother 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini xmcam xerita brice lee yg sblm ni kita tgk
Cerita kali ini cerita sbnr yg blm dtygkn lagi...cerita asal yg dcerita oleh keluarga bruce lee sndri iaitu adk lps dya.
cerita slh silah kuarga bruce lee sbnrnya.
agak bangga jg ngan watak pelakon bruce lee ni,bc lam paper kta bdrah org mlysia xslah.
mmg kuarga bruce lee bdrah seni dr zman perang dlu lagi.



Rating : 3.5/5 bintang

Rapunzel 3D 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita tuk kanak2 pd akhir tahun 2010..
sperti kita tahu cerita dongeng rapunzel ms kita kecik2 dlu...kali difilemkan dlm 3D,kali lbh menarik lagi jln cerita dri sblm ni.
ms tgk cerita ni....rmai bdk2 ngan parent depa ja,awek2 tu da la jg tgk cita ni.
aku pun dh mcm bdk2 ja ms tgk cita ni....tangan xduk diam kira nk pegang ms tgk 3D cita ni tapi aku cover2 la. tak mcam bdak kt dpn ngn tepi aku....smua tangan duk nk tgkap ja,hehehe. watak kuda ngan sumpah2 tu yg bt filem ni lg mnarik.



rating : 4/5 bintang

Ngangkung 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita komedi yang sesuai tgk oleh smua ank beranak..
xseram...kelakar ja,lakonan mantap dari pelakon.
banyak moral dlm cerita ni...moral utama jgn brjudi ngan no ekor la.
lakonan shazzy sam kali ni xdpt trik aku mcm cerita2 sebelum ni yg bt aku gelak dlm wyg cam nk pecah prut.
cerita ni da smua unsur la....kelakar,sdih pun da,hppy pun da.
tapi aku xsabar nk saksikan cerita lakonan shazzy sam dlm KONGSI thn depan...memang pecah prut plk filem tu.



rating : 3.5/5 bintang

Harry Potter : The Deathly Hollows Part 1

Posted by Mimays_Dhom

Kepada penggemar HP (tmsuk aku sndri),pasti tidak akan ketinggalan menyaksikan HP ke 7 part 1 ni. Pelakon2 ni belakon dr depa kecik smpai la depa dh dewasa skg..dh cam sebati ja ngn karektor diberi.
Tapi ini pndapat dari aku sndri la...cerita HP ni best dr mula smpai HP ke 5 ja bgi aku...pastu dh rsa cam LAME ja..
Aku harap part 2 tuk HP ke 7 ni akan membuat aku tidak hampa tgk kt wayang.


Rating : 3/5 bintang

ESTET 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita arahan mamat khalid...tp cita ni xdpt smbutn lgsung.
aku p tgk cerita ni ngan kawan2 ingat nk majukan industri filem melayu, tp blik ngan hampa tgk cerita ni.
filem ni kira2 agak cmpuran malay & bolywood la gayanya....mcm cerita musikal pun da gak.
klu reliati pnduduk estet cmni aku xtau la.


Rating : 2 / 5 bintang

cek MOHON MAAF la no...

Posted by Mimays_Dhom


Kali ni aku bkn saja stop tulis blog ni....intrnet aku kn potong, so xdpt la nk brkarya...hehehe
ni bru ja p settle byr bil bru2 ni..blh la on9 blik blog ni.
bnyk crita dh aku tgk tp xblh nk update....smlm bru ja p tgk lagi cta bru,hr ni mgkin p tgk lg..
HANGPA smua tggu ya updte crita baru no..

SORRY SANGAT2

Takers 2010

Posted by Mimays_Dhom

jalan cerita filem ni blh than & panjang....nk kta bosan pun x,best pun x....tgh2 ja.
cerita mngenai perompak....filem ni menarik msa dyorng nk bt rompakan.
kt blh tgk smngat kwan yg kuat, prsaan ingin balas dendam, sifat tamak yg tinggi.
bru ja tgk smalam....cerita baru lagi. saksikan bagaimna ksudhn perompak2 ini.



rating : 3/5 bintang

RED : Retirement Extremely Danger 2010

Posted by Mimays_Dhom

cerita yang ada smua genre.....aksi, lawak, cinta...complete set la.
lakonan plakon2 veteren spt bruce will, morgan freeman, john malkovich & rmai lagi.
ni org kata otai...wlaupun dh pencen tp msih hebat
cerita psai agent CIA dh pencen jtuh cinta & kmbli braksi bl da org sabotaj dia.
aksi dia pun menarik walaupun kdg cam xmsuk akai ja.
kira trgelak jg tgk cita aksi cmni.



rating : 3.4/5 bintang
Red (Special Edition) boleh nk beli DVD disini

Legend of the fist : CHEN ZHEN 2010

Posted by Mimays_Dhom

sekiranya kornag peminat Donnie Yen, pasti cerita terbarunya korang akan saksikan.
Kalau sebelum ni cerita IP MAN 1 & 2 korang rasa menarik....cerita Chen Zhen ini lagi terbaik,mutu lakonanya donnie ni smakin bgus.
keliru skit la....ingt Chen Zhen ni macam bruce lee,ntah la...
yang pasti duit xbazir la tgk cerita ni. jalan cerita pun blh tahan



Rating : 4.5/5 bintang

MOHON MAAF

Posted by Mimays_Dhom

sekali lagi blog ni trtunggak dgn cerita baru, bukan apa....sblm ni posa,jaran nk pi tgk wayang.....
jaga mata la konon (kikikikiki). habis ja posa....busy ngan asgmnt,prsntation plk.....jrng juga tgk wayang.
ni nk kmbli aktif blik.....nk dkt final plk....bnyk bnda yg mghalang.
tp jgn risau....bis ja final,mmg mggila blik(kikikiki)

Resident Evil : After Life 3D 2010

Posted by Mimays_Dhom


selesai sudh sbln brpuasa....blog ini kmbli broperasi smula.
cerita yg pasti xdpt dilepaskn di bulan syawal ini ialah resident evil,
mmg berbaloi hbiskn duit tgk dalam 3D.
Cerita ini akan lebih faham sekiranya anda pernah mnyaksikan resident evil (extinction)yg sblm ini.
seperti cerita resident evil(apocalypse) & resident evil(extinction),watak utama dilakonkn oleh milla jovovich...lakonannya smkin mantap.




rating : 4/5 bintang

Posted by Mimays_Dhom

hrp maaf kpd pmbca blog smua,blog ni stop jap ats sbb buln posa....pas ni smbung blik.
bulan posa mood tgk wyg kurng

The Expendables 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita terbaik setakat ini....aksi yang best sekali.
Gandingan mantap antara pelokon-pelakon hebat.
Starting cerita mmg macam biasa....tetapi makin lama makin best,full action.
Memang berbaloi habis duit tengok cerita ini.



Rating : 5/5 bintang

SALT 2010

Posted by Mimays_Dhom

SALT...ini bukan garam biasa yang kita beli kat kedai runcit tu...ni garam yang dilakonkan oleh Angelina Jolie yang buat orang semua geram, hehehe.
Cerita yang mengisahkan mengenai agen rahsia dan pemberontak negara. Saksikan bgaimana Salt membalas dendam atas kmatian suaminya.



Rating : 4/5 bintang

Tekken 2010

Posted by Mimays_Dhom

cerita yang dinantikan oleh gamers semua di Malaysia dah keluar kt wayang...
Cerita ni diadaptasi penuh seperti dalam game tekken, terdapat hmpir beberapa karektor dalam game takken.
Cerita ini agak biasa saja jalan ceritanya, aksi pun hanya lebih kurang(da gak 2,3 kali menguap lam wayang).
Nanti & saksikan cerita yang diadaptasi oleh game juga...THE KING OF FIGHTER di pawagam berdekatann.



Rating : 3/5 bintang,.

The Sorcerers Aprintice 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita yang seronok utk ditonton....anda pasti akan terhibur
Cerita ini lebih menarik disebabkan gandingan pelakon-pelakon yang hebat. Jika anda pernah menyaksikan cerita Merlin di tv3 @pun di Astro Hallmark..cerita the sorcerers aprentice ini adalah sambungan dari cerita tersebut. Lagu tema utk filem ini pun terbaik semasa daalam filem ini.



Rating : 4/5 bintang

Ong Bak 3 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ong bak 3 pada kali ini ada kesinambungan dari cerita sebelumnya iaitu ong bak 2. Kalau sebelum ini anda rasa aksi dalam ong bak 2 baik....cerita yang terbaru ini lagi baik.
Seperti anda tahu,kalau cerita ong bak selalunya aksi lawannya ganas....tapi kali ini anda akan saksikan aksi lawan  cara yang tak ganas(susah plak nk terang).
Saya sarankan anda tgk dahulu cerita ong bak 2 sblum ingin mnyaksikan ong bak 3.



Rating : 3/5 bintang

Despicable Me 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita kelakar pada pertengahan tahun ini.
Jika anda rasa kelakar menyaksikan treler cerita ini diiklan televisyen, anda pasti akan pecah perut ketawa dalam panggung wayang semasa menyaksikan cerita ini.
Penuh dengan sifat moral...sesuai untuk tontonan semua.



Rating : 4.5/5 bintang (kelakar)

The Karate Kid 2010

Posted by Mimays_Dhom

Seperti cerita karate kid sebelum ini..jalan cerita yang lebih kurang sama.
Cerita kali ini mengisahkan bagaimana seorang bdk yang popular ditempatnya terpaksa berpindah ke China kerana mengikut ibunya yang ditukarkan ke sana.
Saksikan bagaiman budak itu menyesuaikan diri di tempat yang tidak disukainya itu.


Rating : 4/5 bintang

Legenda Budak Setan 2010

Posted by Mimays_Dhom

Mereka ini macam tak boleh dipisahkan, cerita cinta yang diadaptasi oleh novel. Bagi penggemar novel cinta,cerita ini tak dapat dilepaskan untuk menyaksikannya.
Saksikan sendiri bagaimana seorang budak nakal di institut pembelajaran berubah apabila jatuh cinta pda sesorang.
Gandingan yang serasi antara Lisaa dengan Farid membuat cerita ini menarik dan menyayat hati para penonton.
Nantikan vol kedua dipawagam, anda pasti tidak hampa


Rating 3.5/5 bintang

Semerah Cinta Stilleto 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini sekali lagi gandingan Farid Kamil dengan Lisa..cerita cinta antara orang kaya(Lisa) dengan orang miskin(Farid).
Cerita komedi cinta yang menarik dan sesuai tontonan untuk smua golongan. Ramai gandingan pelokon-pelakon yang hebat membuatkan lagi cerita ini lebih kelakar dan menarik.
Saksikan bagaimana dengan sepasang kasut tumit tinggi dapat mewujudkan cinta antara mereka.


Rating : 3/5 bintang

Prince of Persia (The Sand of time) 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ni aku tengok pada hari pertama & masa pertama ditayangkan di pawagam...memang xmengecewakan & berbaloi duit pergi tengok.
Jalan cerita filem ini akan biasa sekiranya tiada aksi. Aksi dalam cerita ini yang membuatkan filem ini lebih menarik lagi. Penuh dengan semua aspek...macam tengok cerita yamakasi pulak bila masa aksi dalam filem ini.
Kalau cerita ini dalam 3D entahlah best atau tidak...yang pasti mesti lagi gempak.



Rating : 4.5/5 bintang

Adnan SEMP-IT 2010

Posted by Mimays_Dhom

Opsss....lupa nk masukan cerita ini sebelum ini.
Kalau anda minat cerita komedi, rasanya cerita yang terbaik pada tahun ini.
Sesuai untuk tontonan umum,penuh dengan lawak & cintan.
Kalau belum tengok cerita ini,dengan hanya tengok poster...orang ramai pasti ingat cerita lumba haram & penuh dengan aksi ganas, sebenarnya tidak. Anda pasti terhibur


Rating : 4/5 bintang(komedi)

V3 samseng jalanan 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom

Tidak lupa pada cerita aksi tahun ini...kalau sebelum ini saya sajikan cerita Evolusi KL Drift 2,kali ini pulak cerita lakonan Farid Kamil iaitu V3. Kalau anda msih ingt cerita rempit dulu,pnuh degan aksi...cerita ini lagi gempak.
Kalau anda perasan dalam smua cerita dilakonkan Farid Kamil,dia akan digandingkan dengan Lisa,tp dalam cerita ini tidak...walaupun tidak digandingkan...tapi tetap berlakon dalam cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

Evolusi KL Drift 2 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Tidak lupa pada cerita arahan syamsul yusof yg kedua..Evolusi KL Drift 2. Kalau sebelum ini anda rs aksi dalam cerita ini gempak, filem keduanya lagi gempak.
Nampak ada perubahan daripada cerita yang pertamanya,tapi unsur cinta tidak boleh lari..hehehe.
Dapatkan DVDnya  dipasaran bagi yang belum menyaksikannya...anda pasti terhibur.


Rating : 3.5/5 bintang

Robin Hood 2010

Posted by Mimays_Dhom

Jalan cerita ini tidak membosankan....cerita yang mengisahkan tentera memanah yang berani & jujur. Cerita yang diambil daripada legenda barat negara England. Daripada seorang tentera bertukar menjadi pencuri yang disanjung oleh rakyat dengan menolong rakyat jelata.
Saksikan bagaiman seorang tentera biasa boleh mengetuai bala tentera England melawan tentera Perancis.


Rating : 3.5/5 bintang

IP Man 2 2010

Posted by Mimays_Dhom



Kalau anda sudah menyaksikan cerita IP man yang pertama dahulu, anda pasti tidak akan dikecewakan dengan cerita IP Man yang kedua ini.
Sebelum ini IP man mengalami masalah degan orang jepun, cerita yang kedua ini dia mengalami masalah dengan pihak british pulak.
Anda akan terpegun degan aksi pertahanan diri dalam cerita ini.
Dalam cerita ini anda akan tahu kaitan bruce lee dengan IP man.


Rating : 4.5/5 bintang

Iron Man 2 2010

Posted by Mimays_Dhom


Kalau sebelum ini cerita ini mendapat sambutan yang hangat...kali ini iron man 2 lagi mendapat sambutan, bagaimana kehidupan Tony berubah selepas mengisytihar yang dia adalah sebenarnya iron man.
Kehidupannya bukan setakat berubah setakat luaran...baju iron man tu sendri membahayakan dirinya.
Saksikan adakah dia dapat menyelesaikan masalah dirinya atau tidak.
(Cerita ini akan lagi gempak kalau bahagian aksi ditambah lagi)


Rating : 4/5 bintang

Clash Of The Titan 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini dibuat semula dengan cerita pada berapa puluh tahun dahulu. Kalau sebelum ini anda telah menyaksikan cerita Percy Jackson...cerita ini juga ada kesinambungan seperti kepercayan dewa orang barat. Kalau sebelum ini Percy adalah anak kepada poseidon, Perseus anak kepada zeus. Anda pasti akan keliru jika bandingkan watak dalam cerita Percy Jackson dengan Clash of the Titan, tapi walaupun jalan cerita terlalu singkat...ia tidak membosankan dengan aksi-aksi lawan dalam cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

My Name Is Khan 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Kalau sebelum ni saya ada sajikan cerita bollywood, pada tahun ini cerita bollywood yang anda tidak perlu lepaskan peluang untuk menyaksikan iaitu My Name is Khan (and im not a terorist).Cerita ini memang bagus ditonton oleh smua seisi sekeluarga, jalan cerita ini pun tidak bosan.
Saksikan bagaimana Shah Rukh Khan membela nasibnya serta mmbuktikan seorang yang beragama Islam bukan seorang pengganas.



Rating : 3/5 bintang

Percy Jackson & The Lightning Thief 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom

Cerita yang dipaparkan pada awal bulan dua pada tahun ini.
Cerita yang mengisahkan mengenai salah seorang dari anak kepada dewa kepercayan orang barat(poseidon)..iaitu Percy Jackson.
Saksikan bagaimana perjalanan Percy Jackson membela nasib dirinya dengan menyelamatkan emaknya dari tahanan neraka.
Anda akan terpegun kalau anda seorang peminat cerita sains fiksyen sebegini, sinopsis cerita ini diambil daripada novel asal seperti cerita sains fiksyen lain.

Rating : 4/5 bintang

The Vampire Asisstant 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Kepada peminat cerita vampire....anda pasti tak mahu terlepas menyaksikan cerita ni.
Kalau cerita vampire,pasti anda teringt cerita twilight 1&2 dalam ingatan...kelainan cerita ini dengan cerita twilight...lebih aksi daripada cinta.
Saksikan bagaimana kehidupan seorang remaja berubah selepas membuat keputusan untuk menyelamatkan seorang kawan.
Anda pasti tidak akan bosan menyaksikan cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

IM BACK IN DUTY..

Posted by Mimays_Dhom

it been so long tht i dnt updte my blog....
it bcoz...im been bsy wit my stdy things...
but...dnt worry,now...im bck to updte the news stry this year

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...