Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

Green Hornet 3D 2011

Posted by Mimays_Dhom

                Macam-macam yang berlaku kemarin, bagun dengan terkejut sebab dikejutkan dengan member-member sebab rumah kami dimasuki pencuri. FIRST THING & ACTION yang aku buat, tengok laptop, phone, dengan wallet. FUHHH!!!!, selamat ada. Boleh luruh juga jantung aku kalau tak ada. That the important thing in my life, mahu kena ceramah dengan abah aku kalau hilang. Hari tu baru hilang kunci motor pun sudah bising sampai tak tahan aku nak dengar, inikan pula benda penting. Mahu tak pecah gendang telinga aku ini, tapi bising-bising parent aku ini semua kerana mereka sayang dekat anak bongsu mereka ini..heheheh. Apa yang aku duduk cerita pasal aku ini, orang nk tengok cerita terbaru dekat wayang.

Komen :
         Cerita 3D awal tahun 2011 aku tengok, tapi agak menghampakan sebab tak nampak sangat 3D filem itu. Walaupun lakonan aksi Jay Chow menarik tapi lakonan percakapan dia biasa sahaja dengan tidak fasih bertutur bahasa ENGLISH. Walaupun sudah tanya FEEDBACK yang cerita ini tak best dari member-member yang sudah pergi tengok, tapi masih gatal nak pergi juga...hehehe padan muka sendiri. Kalau dapt kereta green hornet satu memang BEST, GEMPAK dan CANGGIH bagi kereta model lama. Agak hairan kenapa buat filem ini dalam 3D biarpun tak banyk sngat layar 3D dalam cerita ini. Lakonan Cameron Diaz yang mantap, dia nampak tua dah sekarang















Pelakon :
Seth Rogen dengan ayat lawak bodoh
Jay Chow dengan aksi lawan
Cameron Diaz degan watak goda..hehehe

Sinopsis :
pendek-pendek sudah la sinopsis ni,kalau cerita nanti lagi bosan pulak masa tengok nanti.. Cerita ini mengisahkan seorang anak kepada satu syarikat surat khabar yang terkenal(Seth Rogen), mengambil alih syarikat ayahnya.
Hidupnya berubah sejak ambil alih syarikat ayahnya dengan bertemu dengan mekanik kereta ayahnya dan juga sebagai pembuat  kopi hariannya iaitu KIDO(Jay Chow).Saksikan bagaimana kisahnya berdekatan cinema anda.

Rating :

BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit

** sahaja aku bagi untuk cerita ini, memang bosan.

Dream Come True

Posted by Mimays_Dhom


            Atlast Muhammad Faisal Abdul Aziz dream come true for you my freind, last week you cannot watch Hantu Kak Limah Balik Rumah..yesterday is your lucky day,everyone in our house company you to watch Hantu Kak Limah Balik Rumah although there are some of our members have watching it already. Semua ini last minit punya idea, beli online tiket terus daripada nak beratur panjang. Thank to photografer yang merankap salah seorang driver pada waktu ini (nama dirahsiakan atas sebab tertentu). Memang sporting semua budak rumah, ada yang tengah kering (not enough pocket money) pun sanggup teman pada malam ni.
hantu-seksyen-14-balik-gsc & kredit-to-kak-limah

FULL HOUSE.....!!

Posted by Mimays_Dhom

Full House
FULL HOUSE

          I feel sory for Muhammad Faisal Abdul Aziz for cannot watching Hantu Kak Limah Balik Rumah just now. All movie just have 1 seat left, so many people watch cinema tonight. My advise for you buddy, how about ask BOTAK to download the movie for you so everyone in our house can watch it.
(p/s : saja nak tulis dalam bahasa orang putih, saja nak improve my language)

Location :
Alamanda Putrajaya

Khurafat 2011

Posted by Mimays_Dhom

Komen :
Akhir tahun 2010 aku tengok cerita seram Janin, awal tahun 2011 pulak aku tengok khurafat. Akhir tahun seram, awal tahun pun seram. Cerita khurafat ini lebih berbaloi tengok sebab ada unsur-unsur suspen yang mengejutkan perempuan dalam panggung berbanding cerita seram melayu tahun 2010 dahulu. Taniah kepada pengarah muda Syamsul Yusof (walaupun ramai lelaki  tak suka lakonan dia) yang membuat pembaharuan dalam cerita seram melayu di Malaysia pada tahun 2011 tetapi bagi aku masih biasa saja seram dalam filem ini. Kepada perempuan mengandung jangan berani nak tengok, takut terkeluar pulak anak nanti.

Pelakon :
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Mariani, Fauziah Nawi barisan pelakon yang aku kenal

Sinopsis :
Perjanjian khurafat yang dibuat antara manusia dengan jin untuk mendapat kesenangan didalam perhubungan menghantui diri manusia tersebut apabila janji tidak ditepati. Saksikan bagaimana akibat seorang manusia yang penah berdamping dengan benda khurafat menerima padah walaupun dia sudah bertaubat.

Rating :

BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit

*** sahaja aku bagi untuk cerita ini. banyak lagi penambahbaikan malaysia perlu buat.

MeGa MoViE 2011 is COMINNGGG

Posted by Mimays_Dhom

NantiKan CeriTa-CeriTa TerBaru 2011

             Poster atas ini bukan poster cerita-cerita tahun 2011, ini semua poster cerita tahun 2010. Banyak masa aku habiskan dekat wayang ja, dah macam rumah kedua aku. Banyak kenangan yang dalam semua cerita yang aku tengok, ada yang menarik, ada yang tidak, ada yang rasa berbaloi tengok ada juga yang rasa tak berbaloi langsung tengok. Ada juga rasa nak maki ja tengok cerita dalam wayang, macam tak patut jadi pengarah filem saja aku rasa.
            Harapan untuk tahun 2011 ini, akan ada banyak cerita-cerita yang menarik yang berbaloi(hehehe). Sama-sama kita nantikan cerita-cerita baru di pawagam berdekatan anda semua nanti. Harap follower semua dapat memberi pandangan supaya blog ini lebih menari untuk dibaca. Jangan segan sila nak bagi komen, saya tak marah untuk nak memperbaiki blog ini.

Aku Masih Dara 2010

Posted by Mimays_Dhom

Aku masih dara....kepada remaja-remaja perempuan sekarang, cuba tanya diri sendiri soalan ini. Mungkin sesetengah remaja sekarang macam tak endah ja kalau ditanyakan soalan seperti ini, bagi mereka ini perkara yang normal bila hilang dara. Aku sendiri rasa takut dengan masalah ini sekarang, bagaimanalah zaman anak cucu aku nanti, lagi teruk ka?? Persoalan yang belum boleh dijawab untuk aku, aku berharap filem arahan Ahmad Idham ini dapat la menyedari sesetengah remaja diluar sana. Banyak moral dalam filem ini perlu diambil oleh semua remaja mahupun dewasa termasuk aku, tetapi adakah penonton yang menyaksikan filem ini dapat terima moral yang disampaikan? p/s:Sekiranya dah terlanjur, masih belum terlambat untuk bertaubat.



Rating : 3/5 bintang

Tron Legacy 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini mengenai dunia permainan video yang sangat diminati ramai pada akhir era 80an. Pencipta selaku seorang pengarah suatu syarikat besar permainan video iaitu ENCOM telah hilang tidak dapat dijejaki. Anak kepada pengarah ini iaitu Sam tidak berminat & tidak mahu ambik alih syarikat ayahnya serta memalukan lembaga pengarah syarikat. Sahabat baik kepada ayahnya berjumpa dengan Sam & memberi kunci syarikat lama ayahnya untuk mencari ayah Sam. Sam terkejut apabila dia telah menjumpai komputer ayahnya yang msih berfungsi di syarikat lama ayah 20tahun yang lalu. Saksikan bagaimana Sam telah pergi ke dunia pemainan yang dicipta ayahnya sendiri dan menyelamatkan ayahnya serta dirinya.
p/s : banyak percakapan daripada aksi


Rating : 3/5 bintang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...