KliK duLu tgk barang2 BaRu

Raging Pheonix 2009

Posted by Mimays_Dhom


Kalau anda rasa filem “Chocolate” yang dilakonkan oleh Jeeja Yanin sebelum ini menarik pehatian anda, filem keduanya ini juga sama hebatnya. Filem ini mengisahkan seorang perempuan (Jeeja Yanin) yang bermasalah dengan hidup dan cintanya diselamatkan oleh seorang lelaki (Kazu Patrick Tang) daripada penjahat yang menculik perempuan seperti Deu  (Jeeja Yanin) bagi memproses minyak wangi daripada air mata penderitaan hidup.Sanim (Kazu Patrick Tang) membawa Deu yang pengsan pulang ke tempatnya setelah menyelamatkannya daripada penjahat. Deu ditemukan dengan sahabat2 Sanim selepas dia sedarkan diri, Deu berhasrat ingin mempelajari seni mempertahan diri baru yang terhasil daripada gabungan Muay Thai dengan breakdancing....perjumpaan mereka ini telah dirancang oleh sahabat2 Sanim supaya Deu boleh memperangkapkan kumpulan jahat yang menculik wanita. Saksikan kesinambungan filem ini sendiri supaya anda lebih memahami jalan ceritanya. Filem ini diarahkan oleh Rashane Limtrakul.


Rating : 4/ 5bintang

Jennifer's Body 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom



AMARAN..!!
Filem ini hanya sesuai untuk 18 tahun ke atas sahaja. Filem ini mengisahkan seorang pelajar perempuan sek. menengah(Jennifer) disebuah pekan kcil dirasuk oleh IBLIS yang laparkan hati lelaki yang tiada perasaan terutmanya pelajar sek. menengah. Saksikan bagaimana sahabat baik Jennifer mempertahankan lelaki muda, pekannya daripada menjadi mangsa Jennifer. Filem ini dilakonkan oleh Megan Fox (transfomer), Amanda Seyfried dan diarahkan oleh Karyn Kusama.




Rating : 4 / 5bintang

The Ugly Truth 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Filem ini mengisahkan seorang perempuan produser tv(HEIGL) mengalami kejatuhan rating....dia digandingkan dengan lelaki yang mendapat rating tertinggi dalam rancangan tv(BUTLER), rancangan tv itu mengenai pehubungan lelaki dan perempuan. Pada mulanya mereka agak susah digandingkan...tetapi lelaki tersebut menolong produsernya untuk mendapatkan perhubungan yang diidamkannya, dari situ mereka semakin akrab. Dalam tidak sedar mereka mempunyai perasaan suka sesama sendri...saksikan kesudahan cerita ini,anda pasti akan ketawa dengan adegan cerita ini. Dibintangi oleh Katherine Heigl dan Gerard Butler.

Rating : 4/5 bintang

LOVE AAJ KAL 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom




Kali ini saya menyajikan filem dari bollywood pulak..filem ini mengisahkan percintaan zaman dahulu dan sekarang. Dalam filem ini kita dapat lihat bagaimana perbezaan orang veteren dengan orang muda punjabi mendapatkan cinta sejati mereka. Kita akan sedar walaupun proses perhubungan ini berbeza dalam setiap era, tetapi pengalaman dalam percintaan adalah sama saja. Filem ini dibintangi oleh Saif Ali Khan, Deepika Padukone(Om Shanti om), Rishi Kapoor dan ramai lagi.








Rating : 3 / 5 bintang

Astro Boy 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Satu lagi cerita yang saya sajikan sesuai ditontoni oleh keluarga.
Cerita ini mengisahkan mengenai robot muda yang mempunyai kuasa yang hebat dicipta oleh seorang sainstis yg bijak bagi memperingati anaknya yang mati smasa ujian keselamatan dijalankan, tetapi dia msih xdapat melupakan kematian anaknya. Saksikan bagaimana astro boy menyalamatkan orang dalam bahaya.






Rating : 3/5 bintang

Aliens in the Attic 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Cerita ini mengisahkan mengenai kanak2 yg trpaksa mempertahankan rumah mereka drp makhluk asing yang ingin menakluki dunia semasa percutian keluarga tanpa diketahui oleh ibu bapa mereka. Makhluk asing ini mempunyai alat untuk mengawal manusia, tetapi hanya berkesan kepada orang dewasa sahaja. Cerita ini mempunyai aksi dan komedi dan sesuai untuk menyaksikan bersama keluarga. Dilakonkan oleh Ashley Tisdale, Carter Jenkins, Austin Robert Butler, Ashley Boettcher dan pelakon kembar Henri & Regan Young. Anda pasti xkering gusi mnyaksikan cerita ini tambahan pulak kanak2 kecik.


Rating :  4.5/5 bintang

The Proposal 2009 -DVD

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini mengisahkan seorang ketua yang mendesak pembantunya untuk berkahwin dengannya bagi mengelak dirinya dihantar balik ke Canada kerana tempoh visanya telah tamat.Dia terpaksa bersetuju dgn syarat yang dikenakan oleh pembantunya bagi menjayakan kelayakan kerakyatannya.Bermula kisah cinta yang lucu semasa pertemuan dgn keluarga lelaki (pembantunya). Dibintangi oleh Sandra Bullock,Ryan Reynolds,Mary Steenburgen dan ramai lagi.
Rating : 4/5 bintang


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BerMinAt..bEli tEruS