Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

Prince of Persia (The Sand of time) 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ni aku tengok pada hari pertama & masa pertama ditayangkan di pawagam...memang xmengecewakan & berbaloi duit pergi tengok.
Jalan cerita filem ini akan biasa sekiranya tiada aksi. Aksi dalam cerita ini yang membuatkan filem ini lebih menarik lagi. Penuh dengan semua aspek...macam tengok cerita yamakasi pulak bila masa aksi dalam filem ini.
Kalau cerita ini dalam 3D entahlah best atau tidak...yang pasti mesti lagi gempak.



Rating : 4.5/5 bintang

Adnan SEMP-IT 2010

Posted by Mimays_Dhom

Opsss....lupa nk masukan cerita ini sebelum ini.
Kalau anda minat cerita komedi, rasanya cerita yang terbaik pada tahun ini.
Sesuai untuk tontonan umum,penuh dengan lawak & cintan.
Kalau belum tengok cerita ini,dengan hanya tengok poster...orang ramai pasti ingat cerita lumba haram & penuh dengan aksi ganas, sebenarnya tidak. Anda pasti terhibur


Rating : 4/5 bintang(komedi)

V3 samseng jalanan 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom

Tidak lupa pada cerita aksi tahun ini...kalau sebelum ini saya sajikan cerita Evolusi KL Drift 2,kali ini pulak cerita lakonan Farid Kamil iaitu V3. Kalau anda msih ingt cerita rempit dulu,pnuh degan aksi...cerita ini lagi gempak.
Kalau anda perasan dalam smua cerita dilakonkan Farid Kamil,dia akan digandingkan dengan Lisa,tp dalam cerita ini tidak...walaupun tidak digandingkan...tapi tetap berlakon dalam cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

Evolusi KL Drift 2 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Tidak lupa pada cerita arahan syamsul yusof yg kedua..Evolusi KL Drift 2. Kalau sebelum ini anda rs aksi dalam cerita ini gempak, filem keduanya lagi gempak.
Nampak ada perubahan daripada cerita yang pertamanya,tapi unsur cinta tidak boleh lari..hehehe.
Dapatkan DVDnya  dipasaran bagi yang belum menyaksikannya...anda pasti terhibur.


Rating : 3.5/5 bintang

Robin Hood 2010

Posted by Mimays_Dhom

Jalan cerita ini tidak membosankan....cerita yang mengisahkan tentera memanah yang berani & jujur. Cerita yang diambil daripada legenda barat negara England. Daripada seorang tentera bertukar menjadi pencuri yang disanjung oleh rakyat dengan menolong rakyat jelata.
Saksikan bagaiman seorang tentera biasa boleh mengetuai bala tentera England melawan tentera Perancis.


Rating : 3.5/5 bintang

IP Man 2 2010

Posted by Mimays_Dhom



Kalau anda sudah menyaksikan cerita IP man yang pertama dahulu, anda pasti tidak akan dikecewakan dengan cerita IP Man yang kedua ini.
Sebelum ini IP man mengalami masalah degan orang jepun, cerita yang kedua ini dia mengalami masalah dengan pihak british pulak.
Anda akan terpegun degan aksi pertahanan diri dalam cerita ini.
Dalam cerita ini anda akan tahu kaitan bruce lee dengan IP man.


Rating : 4.5/5 bintang

Iron Man 2 2010

Posted by Mimays_Dhom


Kalau sebelum ini cerita ini mendapat sambutan yang hangat...kali ini iron man 2 lagi mendapat sambutan, bagaimana kehidupan Tony berubah selepas mengisytihar yang dia adalah sebenarnya iron man.
Kehidupannya bukan setakat berubah setakat luaran...baju iron man tu sendri membahayakan dirinya.
Saksikan adakah dia dapat menyelesaikan masalah dirinya atau tidak.
(Cerita ini akan lagi gempak kalau bahagian aksi ditambah lagi)


Rating : 4/5 bintang

Clash Of The Titan 2010

Posted by Mimays_Dhom

Cerita ini dibuat semula dengan cerita pada berapa puluh tahun dahulu. Kalau sebelum ini anda telah menyaksikan cerita Percy Jackson...cerita ini juga ada kesinambungan seperti kepercayan dewa orang barat. Kalau sebelum ini Percy adalah anak kepada poseidon, Perseus anak kepada zeus. Anda pasti akan keliru jika bandingkan watak dalam cerita Percy Jackson dengan Clash of the Titan, tapi walaupun jalan cerita terlalu singkat...ia tidak membosankan dengan aksi-aksi lawan dalam cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

My Name Is Khan 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Kalau sebelum ni saya ada sajikan cerita bollywood, pada tahun ini cerita bollywood yang anda tidak perlu lepaskan peluang untuk menyaksikan iaitu My Name is Khan (and im not a terorist).Cerita ini memang bagus ditonton oleh smua seisi sekeluarga, jalan cerita ini pun tidak bosan.
Saksikan bagaimana Shah Rukh Khan membela nasibnya serta mmbuktikan seorang yang beragama Islam bukan seorang pengganas.



Rating : 3/5 bintang

Percy Jackson & The Lightning Thief 2010 - DVD

Posted by Mimays_Dhom

Cerita yang dipaparkan pada awal bulan dua pada tahun ini.
Cerita yang mengisahkan mengenai salah seorang dari anak kepada dewa kepercayan orang barat(poseidon)..iaitu Percy Jackson.
Saksikan bagaimana perjalanan Percy Jackson membela nasib dirinya dengan menyelamatkan emaknya dari tahanan neraka.
Anda akan terpegun kalau anda seorang peminat cerita sains fiksyen sebegini, sinopsis cerita ini diambil daripada novel asal seperti cerita sains fiksyen lain.

Rating : 4/5 bintang

The Vampire Asisstant 2009 - DVD

Posted by Mimays_Dhom


Kepada peminat cerita vampire....anda pasti tak mahu terlepas menyaksikan cerita ni.
Kalau cerita vampire,pasti anda teringt cerita twilight 1&2 dalam ingatan...kelainan cerita ini dengan cerita twilight...lebih aksi daripada cinta.
Saksikan bagaimana kehidupan seorang remaja berubah selepas membuat keputusan untuk menyelamatkan seorang kawan.
Anda pasti tidak akan bosan menyaksikan cerita ini.


Rating : 4/5 bintang

IM BACK IN DUTY..

Posted by Mimays_Dhom

it been so long tht i dnt updte my blog....
it bcoz...im been bsy wit my stdy things...
but...dnt worry,now...im bck to updte the news stry this year

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...