Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

PUKUL 4 PAGI

Posted by Mimays_Dhom



               Entri pagi ini tak mengena dengan perkara seram pun, cuma saja nak tulis something kat blog aku..LOL. Orang lain  kalau waktu-waktu begini ada yang lepak dekat mamak sambil tengok bola, ada juga yang bangun sembahyang sunat dimalam hari, ada yang duduk membuta dengan air liur basi...aku pulak masih mengadap lappy aku yang berjasa ini. Sebenarnya ada idea nak tulis blog malam ini, tapi bahan yang hendak aku tulis masih tak dapat lagi so....aku postpone ke entri blog aku seterusnya, kat sini aku nak mintak maaf & selamat malam. 

World Of Invention : Battle Los Angeles 2011

Posted by Mimays_Dhom

Sudah lama aku stop post blog, terlalu banyk kerja dan tak dapat nk handle blog dengan belajar. Sorry kepada semua yang duduk ikut blog aku ini. Dua tiga hari sebelum nak tengok cerita ini, aku duduk lepak dekat rumah member main DOTA. Sudah lama aku tak main game ini, memang NOOB gila masa main game ini. Member rumah aku semua sudah tengok cita Hikayat Merong Mahawangsa, aku saja belum tengok. Agak sedih juga la sebagai hantu wayang tak tengok cerita ini, tapi dapat feedback dari member2 yang sudah pergi tengok cerita HMM agak slow aja...aku ambik keputusan tengok cita Battle Los Angeles ini.

KOMEN :
              Lepas tengok cerita ini, bagi aku macam tak logik saja jalan cerita dia sebab aku tak pernah tengok & dengar dalam berita pasal manusia berperang dengan makhluk asing. Aku pun tak tahu macam mana pengarah(Jonathan Liebesman) filem ini dapat idea tentang makhluk asing ini. Jalan cerita agak slow pada awal cerita, tapi semakin lama semakin suspen macam mana nak tengok askar-askar ini survive dengan lawan makhluk asing ini.

PELAKON :
Staff Sargent (Aaron Eckhardt )
Michelle Rodriguez..pangkat dlm filem mcm special force
Ne-Yo ingt pandai nyanyi, berlakon pun boleh
SINOPSIS :
                  Filem ini diadaptasi dari filem lama peperang antara Jepun dengan Los Angeles yang tak pernah wujud, tetapi pengarah filem ini dapat idea pelik dia ganti Jepun dengan taklukan makhluk ke Los Angeles. Saksikan bagaimana satu group askar yang ditugaskan menyelamat orang awam berjaya selamatkan orang awam serta tumpaskan makhluk asing.

TRAILER :


RATING :
BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit



*** saja aku bagi..plot cerita yang baik dengan semua unsur perasaan ada.

I Am Number Four 2011

Posted by Mimays_Dhom

Sebelum aku menyaksikan filem ini, aku ada layan filem HAQ filem buatan Malaysia yang orang duduk cakap yang filem ini lebih kurang punya genre iaitu manusia yang memiliki kuasa luar biasa. Hakikatnya memang jauh beza filem HAQ dengan filem IM NUMBER FOUR, dan IM AM NUMBER FOUR lebih terbaik dari semua segi. Bukan nak puji filem luar negara, itu pandangan aku sahaja.

KOMEN :
                  Jalan cerita filem ini agak boleh tahan, terlalu cepat sangat aku rasa semasa menonton filem ini di pawagam. Sekiranya dipanjangkan lagi, aku rasa boleh menarik perhatian semua orang yang melihatnya. Boleh membuat orang ramai mengajak kawan-kawan untuk saksikan filem ini dan memberi komen yang terbaik untuk kawan. Aku berharap sekiranya ada sambungan cerita ini, pengarah filem ini boleh menambah lagi jalan cerita serta aksi kuasa semasa berlawan. Filem ini menarik sebab pelakon filem ini juga agak menyerlah dengan filem baru mereka seperti Teresa dengan filem SORCERESS APPRENTICE, Alex dengan filem seterusnya BEASTLY dan Diana dengan series GLEE. Kalau dapat awek macam awek filem ini memang untung.

PELAKON :
Alex Pettyfer yang semakin menyerlah dengan filem BEASTLY
Diana Agron awek dalam cerita GLEE
Teresa Palmer awek kiut dalam filem SORCERESS APPRENTICE  
SINOPSIS :
                    Cerita ini mengisahkan makhluk asing yang terselamat datang ke bumi dan menjalani hidup seperti manusia. Makhluk asing Planet Lorien yang terselamat ada sebanyak 9 orang, 3 yang pertama terbunuh dengan kejam oleh puak Mogadorians. John Smith(Alex Pettyfer) orang keempat, Mogadorian akan memburu dia selepas kematian ahli Lorien yang ketiga. John Smith selalu melarikan diri dia dari Puak Mogadarian, kali ini dia sudah tekad untuk melawan Puak Mogadarian dengan mencari ahli Lorien yang lain.


Rating :
BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit



**** sahaja aku bagi tuk filem ini.

Mechanics 2011

Posted by Mimays_Dhom



Macam-macam berlaku dekat aku beberapa minggu yang lepas, lepas satu datang lagi satu perkara yang menghalang aku untuk menulis blog ini. Habis saja test Mathematic Engineering 3, presentation Professional communication 2, selepas itu demam panas. Test Microcontroller pulak datang masa tengah demam, memang minggu lintang-pukang dengan tak dapat study sebab demam panas. Masalah duit pulak menimpa tengah demam ini, terpaksa la pinjam member nak bayar duit ubat. Macam-macam dugaan yang datang, akhir sekali aku ambik keputusan nak lepaskan semua stress ini dengan tengok wayang filem Mechanic.  
Komen :
              Filem yang mengisahkan seorang perancang pembunuhan seperti kemalangan (Jason Statham) terpaksa membunuh bos dia yang dia anggap sebagai kawan baik dan mentor atas kerana arahan orang atasan. Oleh sebab anak kepada kawan dia ingin membalas dendam pada orang yang bunuh ayahnya (Beb Foster), dia mengambil keputusan untuk mendidik budak tersebut sebagai anak muridnya. Saksikan bagaimana anak kepada kawan dia belajar daripada orang yang bunuh ayahnya. Aksi pembunuhan memang best dalam filem ini, sesuai oleh tontonan 18tahun ke atas.

Pelakon :
Jason Statham

Beb Foster
Sinopsis :
               Filem ini mengisahkan seorang perancang pembunuhan terpaksa membunuh mentornya sendiri. Demi membalas dendam untuk anak mentornya, dia mengambil anak mentornya sebagai murid untuk membunuh orang atasan yang mengarah pembunuhan mentornya. Saksikan bagaimana situasi apabila muridnya tahu pembunuh ayahnya adalah cikgunya sendri. 

Rating :
BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit



**** sahaja untunk filem ini, sekiranya lagi banyak aksi mesti boleh mencecah 5*.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...