KliK duLu tgk barang2 BaRu

Green Hornet 3D 2011

Posted by Mimays_Dhom

                Macam-macam yang berlaku kemarin, bagun dengan terkejut sebab dikejutkan dengan member-member sebab rumah kami dimasuki pencuri. FIRST THING & ACTION yang aku buat, tengok laptop, phone, dengan wallet. FUHHH!!!!, selamat ada. Boleh luruh juga jantung aku kalau tak ada. That the important thing in my life, mahu kena ceramah dengan abah aku kalau hilang. Hari tu baru hilang kunci motor pun sudah bising sampai tak tahan aku nak dengar, inikan pula benda penting. Mahu tak pecah gendang telinga aku ini, tapi bising-bising parent aku ini semua kerana mereka sayang dekat anak bongsu mereka ini..heheheh. Apa yang aku duduk cerita pasal aku ini, orang nk tengok cerita terbaru dekat wayang.

Komen :
         Cerita 3D awal tahun 2011 aku tengok, tapi agak menghampakan sebab tak nampak sangat 3D filem itu. Walaupun lakonan aksi Jay Chow menarik tapi lakonan percakapan dia biasa sahaja dengan tidak fasih bertutur bahasa ENGLISH. Walaupun sudah tanya FEEDBACK yang cerita ini tak best dari member-member yang sudah pergi tengok, tapi masih gatal nak pergi juga...hehehe padan muka sendiri. Kalau dapt kereta green hornet satu memang BEST, GEMPAK dan CANGGIH bagi kereta model lama. Agak hairan kenapa buat filem ini dalam 3D biarpun tak banyk sngat layar 3D dalam cerita ini. Lakonan Cameron Diaz yang mantap, dia nampak tua dah sekarang















Pelakon :
Seth Rogen dengan ayat lawak bodoh
Jay Chow dengan aksi lawan
Cameron Diaz degan watak goda..hehehe

Sinopsis :
pendek-pendek sudah la sinopsis ni,kalau cerita nanti lagi bosan pulak masa tengok nanti.. Cerita ini mengisahkan seorang anak kepada satu syarikat surat khabar yang terkenal(Seth Rogen), mengambil alih syarikat ayahnya.
Hidupnya berubah sejak ambil alih syarikat ayahnya dengan bertemu dengan mekanik kereta ayahnya dan juga sebagai pembuat  kopi hariannya iaitu KIDO(Jay Chow).Saksikan bagaimana kisahnya berdekatan cinema anda.

Rating :

BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit

** sahaja aku bagi untuk cerita ini, memang bosan.

This entry was posted on 2:32 PTG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

2 comments

Betul..mmg bosan cite ni tapi romate ak kata best..ak tak tahu mana entang best nye.. yg ak tau, green hornet tu patut nye jay chow lagi sesuai

dah la bosan...3D pun skit saja,paling best 3D dia masa ending tunjuk nama pelakon tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BerMinAt..bEli tEruS