KliK duLu tgk barang2 BaRu

1st Experience Watching sport movie without 3D glasses

Posted by Mimays_Dhom

Kalau baca title blog aku kali ini mesti semua follower macam tak percayakan ada pulak wayang yang papar cerita 3D yang tidak perlukan cermin 3D, mesti rasa nak cuba tengok dekat wayang tersebutkan?
Sebenarnya aku bukan tengok wayang kat pawagam, aku pergi tengok perlawan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Hong Kong dekat Shah Alam secara LIVE dekat stadium. Itu pasal aku cakap tengok filem 3D tampa memerlukan cermin mata 3D, itu kira pengalaman pertama aku juga pergi tengok perlawanan bola dekat stadium. Sebelum ini hanya tengok dekat kaca televisyen saja, banyak juga perbezaan tengok LIVE dekat stadium dengan tengok LIVE dekat televisyen. Antaranya tak ada pengulas sukan yang kita selalu dengar dalam televisyen, terpaksa aku ulas sendiri MATCH malam itu, macam aku yang tak kenal sangat permain Malaysia ini agak terpinga-pinga & selalu tanya member dekat sebelah permain itu nama apa. Susah & ganggu member aku saja duduk hayati filem 3D malam tersebut.

Tiket masuk stadium
Harga tiket masuk stadium lebih kurang harga tiket nak pergi tengok filem 3D dekat pawagam, bezanya kalau tengok filem dekat pawagam kena pilih seat nak duduk tapi masuk stadium nak duduk dekat mana-mana pun boleh asalkan tak ada orang dekat seat yang kita nak duduk.


masuk awal, tak ramai lagi penonton lain
Dah nama pun 1st time masuk stadium, terasa cuak juga la. Lepas tiket dah koyak masa nk masuk ke pintu pagar stadium ada macam penghalang, (kepada sesiapa yang pernah tengok cerita sorceress apprentice time masa peragut nak lari dari david, david telah guna kuasa magic kuncikan penghalang keretapi bawah tanah). Macam itu juga penghalang dekat pintu stadium, aku gambarkan kepada sesiapa yang tak pernah masuk stadium. Sebelum nak masuk penghalang itu ada kotak mesin macam dekat komuter yang selalu kita naik tu, aku dengan selamba masukan tiket dalam mesin itu dengan tidak tengok orang lain pun. Orang sebelah duduk senyum-senyum tengok gelagat aku duduk cuba masukan tiket dalam mesin tersebut tak boleh-boleh. Member aku dekat belakang tepuk dahi sambil ketawa kata dekat aku yang mesin itu dah guna dah sekarang & dia suruh tolak saja penghalang tu (malu juga dekat awek-awek yang duduk senyum dekat aku tadi, ingat dia orang senyum nak mengorat aku..adoiyai).


Kejap saja dah ramai orang dalam stadium siap bsing-bising lagi
Masa awal-awal masuk dalam stadium tadi dengar SLOW-SLOW saja bunyi hon sorakan dari luar stadium, sekarang bila ramai yang sudah masuk stadium dah beli hon dekat luar tadi semua duduk bunyikan..riuh gila dalam stadium. Tambah pulak dengan sorakan kelab Malaysia, lagi riuh-rendah dalam stadium Shah Alam, macam sorakan mereka lakukan untuk naikan semangat pemain-pemain Malaysia.


GOALLL!!!!!
Taniah Malaysia dengan kemenangan 2-0 dengan Hong Kong, penyokong Malaysia menjerit macam orang kena histeria dengan bunyi gendang group selangor. Memang goyang kepala semua.





This entry was posted on 6:07 PTG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BerMinAt..bEli tEruS