Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

I Am Number Four 2011

Posted by Mimays_Dhom

Sebelum aku menyaksikan filem ini, aku ada layan filem HAQ filem buatan Malaysia yang orang duduk cakap yang filem ini lebih kurang punya genre iaitu manusia yang memiliki kuasa luar biasa. Hakikatnya memang jauh beza filem HAQ dengan filem IM NUMBER FOUR, dan IM AM NUMBER FOUR lebih terbaik dari semua segi. Bukan nak puji filem luar negara, itu pandangan aku sahaja.

KOMEN :
                  Jalan cerita filem ini agak boleh tahan, terlalu cepat sangat aku rasa semasa menonton filem ini di pawagam. Sekiranya dipanjangkan lagi, aku rasa boleh menarik perhatian semua orang yang melihatnya. Boleh membuat orang ramai mengajak kawan-kawan untuk saksikan filem ini dan memberi komen yang terbaik untuk kawan. Aku berharap sekiranya ada sambungan cerita ini, pengarah filem ini boleh menambah lagi jalan cerita serta aksi kuasa semasa berlawan. Filem ini menarik sebab pelakon filem ini juga agak menyerlah dengan filem baru mereka seperti Teresa dengan filem SORCERESS APPRENTICE, Alex dengan filem seterusnya BEASTLY dan Diana dengan series GLEE. Kalau dapat awek macam awek filem ini memang untung.

PELAKON :
Alex Pettyfer yang semakin menyerlah dengan filem BEASTLY
Diana Agron awek dalam cerita GLEE
Teresa Palmer awek kiut dalam filem SORCERESS APPRENTICE  
SINOPSIS :
                    Cerita ini mengisahkan makhluk asing yang terselamat datang ke bumi dan menjalani hidup seperti manusia. Makhluk asing Planet Lorien yang terselamat ada sebanyak 9 orang, 3 yang pertama terbunuh dengan kejam oleh puak Mogadorians. John Smith(Alex Pettyfer) orang keempat, Mogadorian akan memburu dia selepas kematian ahli Lorien yang ketiga. John Smith selalu melarikan diri dia dari Puak Mogadarian, kali ini dia sudah tekad untuk melawan Puak Mogadarian dengan mencari ahli Lorien yang lain.


Rating :
BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit



**** sahaja aku bagi tuk filem ini.

This entry was posted on 10:33 PTG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

2 comments

mana nk dapat awek macam Teresa Palmer tu ha??
kat KPTM ada tak?

Ntahla ada ke x....selalu aku lalu depan kptm x trjmpa pun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...