Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

Mechanics 2011

Posted by Mimays_Dhom



Macam-macam berlaku dekat aku beberapa minggu yang lepas, lepas satu datang lagi satu perkara yang menghalang aku untuk menulis blog ini. Habis saja test Mathematic Engineering 3, presentation Professional communication 2, selepas itu demam panas. Test Microcontroller pulak datang masa tengah demam, memang minggu lintang-pukang dengan tak dapat study sebab demam panas. Masalah duit pulak menimpa tengah demam ini, terpaksa la pinjam member nak bayar duit ubat. Macam-macam dugaan yang datang, akhir sekali aku ambik keputusan nak lepaskan semua stress ini dengan tengok wayang filem Mechanic.  
Komen :
              Filem yang mengisahkan seorang perancang pembunuhan seperti kemalangan (Jason Statham) terpaksa membunuh bos dia yang dia anggap sebagai kawan baik dan mentor atas kerana arahan orang atasan. Oleh sebab anak kepada kawan dia ingin membalas dendam pada orang yang bunuh ayahnya (Beb Foster), dia mengambil keputusan untuk mendidik budak tersebut sebagai anak muridnya. Saksikan bagaimana anak kepada kawan dia belajar daripada orang yang bunuh ayahnya. Aksi pembunuhan memang best dalam filem ini, sesuai oleh tontonan 18tahun ke atas.

Pelakon :
Jason Statham

Beb Foster
Sinopsis :
               Filem ini mengisahkan seorang perancang pembunuhan terpaksa membunuh mentornya sendiri. Demi membalas dendam untuk anak mentornya, dia mengambil anak mentornya sebagai murid untuk membunuh orang atasan yang mengarah pembunuhan mentornya. Saksikan bagaimana situasi apabila muridnya tahu pembunuh ayahnya adalah cikgunya sendri. 

Rating :
BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit



**** sahaja untunk filem ini, sekiranya lagi banyak aksi mesti boleh mencecah 5*.

This entry was posted on 1:22 PG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...