Powered By Blogger

KliK duLu tgk barang2 BaRu

MUKA BLOG

Posted by Mimays_Dhom

PostTUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. 

   Aku masih baru dalam dunia blog ini, ini lah  cara untuk aku memperbaiki blog aku yang ada sekarang ini. Sekiranya ada teguran, pesanan atau tunjuk ajar, jangan segan-segan(macam lagu kalau berpacaran) untuk beritahu aku.


" SAYA MAHU DI REVIEW "

Posted by Mimays_Dhom

" AKU MAHU DI REVIEW "  



Salam semua... siapa mahu blog meraka di review ??? Ha.... kalau berminat, anda di kehendaki buat satu entri yang mudah dan patuhi beberapa syarat, antaranya :-

1.  Follow la blog aku..
2. Buat entri dengan header diatas dan tajuk " SAYA MAHU DI REVIEW " dan paste link kedalam ruangan komen blog ini.
Siapa nak join boleh tekan kat banner tu " TAPI " sebelum pukul 7 pagi esok..

1st Experience Watching sport movie without 3D glasses

Posted by Mimays_Dhom

Kalau baca title blog aku kali ini mesti semua follower macam tak percayakan ada pulak wayang yang papar cerita 3D yang tidak perlukan cermin 3D, mesti rasa nak cuba tengok dekat wayang tersebutkan?
Sebenarnya aku bukan tengok wayang kat pawagam, aku pergi tengok perlawan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Hong Kong dekat Shah Alam secara LIVE dekat stadium. Itu pasal aku cakap tengok filem 3D tampa memerlukan cermin mata 3D, itu kira pengalaman pertama aku juga pergi tengok perlawanan bola dekat stadium. Sebelum ini hanya tengok dekat kaca televisyen saja, banyak juga perbezaan tengok LIVE dekat stadium dengan tengok LIVE dekat televisyen. Antaranya tak ada pengulas sukan yang kita selalu dengar dalam televisyen, terpaksa aku ulas sendiri MATCH malam itu, macam aku yang tak kenal sangat permain Malaysia ini agak terpinga-pinga & selalu tanya member dekat sebelah permain itu nama apa. Susah & ganggu member aku saja duduk hayati filem 3D malam tersebut.

Tiket masuk stadium
Harga tiket masuk stadium lebih kurang harga tiket nak pergi tengok filem 3D dekat pawagam, bezanya kalau tengok filem dekat pawagam kena pilih seat nak duduk tapi masuk stadium nak duduk dekat mana-mana pun boleh asalkan tak ada orang dekat seat yang kita nak duduk.


masuk awal, tak ramai lagi penonton lain
Dah nama pun 1st time masuk stadium, terasa cuak juga la. Lepas tiket dah koyak masa nk masuk ke pintu pagar stadium ada macam penghalang, (kepada sesiapa yang pernah tengok cerita sorceress apprentice time masa peragut nak lari dari david, david telah guna kuasa magic kuncikan penghalang keretapi bawah tanah). Macam itu juga penghalang dekat pintu stadium, aku gambarkan kepada sesiapa yang tak pernah masuk stadium. Sebelum nak masuk penghalang itu ada kotak mesin macam dekat komuter yang selalu kita naik tu, aku dengan selamba masukan tiket dalam mesin itu dengan tidak tengok orang lain pun. Orang sebelah duduk senyum-senyum tengok gelagat aku duduk cuba masukan tiket dalam mesin tersebut tak boleh-boleh. Member aku dekat belakang tepuk dahi sambil ketawa kata dekat aku yang mesin itu dah guna dah sekarang & dia suruh tolak saja penghalang tu (malu juga dekat awek-awek yang duduk senyum dekat aku tadi, ingat dia orang senyum nak mengorat aku..adoiyai).


Kejap saja dah ramai orang dalam stadium siap bsing-bising lagi
Masa awal-awal masuk dalam stadium tadi dengar SLOW-SLOW saja bunyi hon sorakan dari luar stadium, sekarang bila ramai yang sudah masuk stadium dah beli hon dekat luar tadi semua duduk bunyikan..riuh gila dalam stadium. Tambah pulak dengan sorakan kelab Malaysia, lagi riuh-rendah dalam stadium Shah Alam, macam sorakan mereka lakukan untuk naikan semangat pemain-pemain Malaysia.


GOALLL!!!!!
Taniah Malaysia dengan kemenangan 2-0 dengan Hong Kong, penyokong Malaysia menjerit macam orang kena histeria dengan bunyi gendang group selangor. Memang goyang kepala semua.





Green Hornet 3D 2011

Posted by Mimays_Dhom

                Macam-macam yang berlaku kemarin, bagun dengan terkejut sebab dikejutkan dengan member-member sebab rumah kami dimasuki pencuri. FIRST THING & ACTION yang aku buat, tengok laptop, phone, dengan wallet. FUHHH!!!!, selamat ada. Boleh luruh juga jantung aku kalau tak ada. That the important thing in my life, mahu kena ceramah dengan abah aku kalau hilang. Hari tu baru hilang kunci motor pun sudah bising sampai tak tahan aku nak dengar, inikan pula benda penting. Mahu tak pecah gendang telinga aku ini, tapi bising-bising parent aku ini semua kerana mereka sayang dekat anak bongsu mereka ini..heheheh. Apa yang aku duduk cerita pasal aku ini, orang nk tengok cerita terbaru dekat wayang.

Komen :
         Cerita 3D awal tahun 2011 aku tengok, tapi agak menghampakan sebab tak nampak sangat 3D filem itu. Walaupun lakonan aksi Jay Chow menarik tapi lakonan percakapan dia biasa sahaja dengan tidak fasih bertutur bahasa ENGLISH. Walaupun sudah tanya FEEDBACK yang cerita ini tak best dari member-member yang sudah pergi tengok, tapi masih gatal nak pergi juga...hehehe padan muka sendiri. Kalau dapt kereta green hornet satu memang BEST, GEMPAK dan CANGGIH bagi kereta model lama. Agak hairan kenapa buat filem ini dalam 3D biarpun tak banyk sngat layar 3D dalam cerita ini. Lakonan Cameron Diaz yang mantap, dia nampak tua dah sekarang















Pelakon :
Seth Rogen dengan ayat lawak bodoh
Jay Chow dengan aksi lawan
Cameron Diaz degan watak goda..hehehe

Sinopsis :
pendek-pendek sudah la sinopsis ni,kalau cerita nanti lagi bosan pulak masa tengok nanti.. Cerita ini mengisahkan seorang anak kepada satu syarikat surat khabar yang terkenal(Seth Rogen), mengambil alih syarikat ayahnya.
Hidupnya berubah sejak ambil alih syarikat ayahnya dengan bertemu dengan mekanik kereta ayahnya dan juga sebagai pembuat  kopi hariannya iaitu KIDO(Jay Chow).Saksikan bagaimana kisahnya berdekatan cinema anda.

Rating :

BINTANG
SKOP
*****
Memang terbaik & berbaloi tengok
****
Menarik & tidak bosan
***
Biasa sahaja & boleh tahan
**
Mengantuk & bosan
*
Menyesal & rugi duit

** sahaja aku bagi untuk cerita ini, memang bosan.

Dream Come True

Posted by Mimays_Dhom


            Atlast Muhammad Faisal Abdul Aziz dream come true for you my freind, last week you cannot watch Hantu Kak Limah Balik Rumah..yesterday is your lucky day,everyone in our house company you to watch Hantu Kak Limah Balik Rumah although there are some of our members have watching it already. Semua ini last minit punya idea, beli online tiket terus daripada nak beratur panjang. Thank to photografer yang merankap salah seorang driver pada waktu ini (nama dirahsiakan atas sebab tertentu). Memang sporting semua budak rumah, ada yang tengah kering (not enough pocket money) pun sanggup teman pada malam ni.
hantu-seksyen-14-balik-gsc & kredit-to-kak-limah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...